12092020

Sabtu hari berehat tetapi aku meluangkan waktu pergi ke Aeon Air Keroh, Melaka bersama-sama 12 orang dari rehab menaiki van perkeso. Kami bertolak jam 9.00 pagi dan balik pukul 12.00 tengahari.

Aku ke sana untuk menikmati sarapan pagi. Aku sudah jemu kerana aku di sana dapat makan nasi lemak berserta sambal tanpa ikan bilis, kacang dan telur rebus tanpa kuning. ab telur tu oklah. Tapi makan nasi lemak tiada sambal ikan bilis pelik rasanya. Penyelesaian cari makanan diluar. Keluar duit sikitlah tak mengapa. Aku membeli di KFC untuk sarapan pagi dan nmembeli roti di kedai roti. 

Jam 1.00 tengahari, Nordin mempelawa aku pergi Mydin bersama rakan di rehab bernama Amerly dan Nancy Liew (Berbangsa Cina). Amerly berumur 47 tahun, bujang manakala Nancy Liew, ibu kepada 2 cahaya mata berusia 16 tahun dan 10 tahun. Kami di sana menikmati makanan tengahari. Nordin makan kari kepala ikan, Nancy dan Amerly makan Yong Tau Fu. Aku cuma minum tea tarik dan kenyang makan KFC.

Pukul 3.00 petang kami dah balik ke asrama. Aku membasuh baju untuk seminggu sebab keesokkannya aku pergi berurut di tempat Cik Bunga.

Saturday was a day off but I spent time going to Aeon Air Keroh, Melaka with 12 people from rehab in a ferry van. We left at 9.00 am and returned at 12.00 noon.

I went there to enjoy breakfast. I am tired because I can eat nasi lemak there with sambal without anchovies, beans and boiled eggs without yolk. The egg is ok. But eating nasi lemak without anchovy sauce is weird. The solution is to look for food outside. It's okay to spend a little money. I bought it at KFC for breakfast and bought bread at the bakery.

At 1.00 pm, Nordin invited me to go to Mydin with a friend in rehab named Amerly and Nancy Liew (Chinese). Amerly is 47 years old, single while Nancy Liew, mother of 2 twins aged 16 and 10 years. We had lunch there. Nordin eats fish head curry, Nancy and Amerly eat Yong Tau Fu. I just drank pull tea and ate KFC.

At 3.00 pm we returned to the hostel. I washed my clothes for a week because the next day I went for a massage at Ms. Bunga's place.

Comments

Popular posts from this blog

Tabiat Orang Yang Berjaya vs Orang Yang Gagal (Habit of Successful People vs. Failed People)